fbpx
ZI YU (kanan) dan Noraqilah sudah menampilkan aksi terbaik, namun dikecewakan Ke Xuan-Yue Yue. - FB BAM

WJC 2025: Zi Yu-Noraqilah akur naib juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan mempamerkan semangat juang cukup tinggi ketika tewas pada aksi final Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2025.

Pada perlawanan yang berlangsung di Guwahati, India sebentar tadi, pasangan itu terpaksa akur tewas 13-15, 17-19 kepada beregu China, Tan Ke Xuan-Wei Yue Yue.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, Zi Yu-Noraqilah menampilkan aksi cukup konsisten dalam kedua-dua set permainan, namun tuah lebih memihak pemain lawan.

Pasangan negara sudah memberikan segala-galanya pada pertemuan itu, terutamanya di set kedua untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun, Zi Yu-Noraqilah terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlu berpuas hati pulang dengan kilauan pingat perak.

Sebagai rekod, ini merupakan final kedua berturut-turut buat Zi Yu dalam acara beregu wanita selepas turut bergelar naib juara tahun lalu bersama Dania Sofea Zaidi.

Sementara itu, pingat perak tersebut menjadi pingat kedua buat Noraqilah pada WJC selepas dia turut meraih gangsa menerusi acara beregu campuran bersama Loh Ziheng. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN