fbpx
Anggota bomba dan penyelamat membawa keluar seorang warga emas apabila rumahnya di landa banjir di Kampung Bugis Batu 6,Penerok di Pontian disini, hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Warga emas strok, dua kanak-kanak diselamatkan dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang warga emas wanita berusia 71 tahun yang mengalami strok bersama dua kanak-kanak diselematkan selepas mereka terperangkap dalam banjir di Kampung Bugis, Batu 6 Penerok, di sini, pada hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Hasnan Abd Rahman panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 11.43 pagi hari ini.

Menurut beliau, sembilan anggota dari dikejarkan ke lokasi sejauh 16 kilometer.

“Setibanya di lokasi pada pukul 12.05 tengah hari, Pasukan Keluar Operasi (PKO) mendapati benar terdapat sebuah keluarga yang terperangkap akibat banjir.

“Seorang warga emas yang mengalami strok bersama dua kanak-kanak telah diselamatkan menggunakan pengusung sebelum dihantar ke Surau Batu 6 Penerok,” katanya dalam kenyataan disini, hari ini.

Menurut beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.40 tengah hari dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI