KEMAMAN – Hasrat seorang jurutera Jabatan Perparitan dan Saliran Kedah untuk kembali bertugas setelah pulih daripada kanser payudara tidak kesampaian apabila dia dan anak saudara perempuannya maut akibat lemas di Pantai Penunjuk, Kijal di sini semalam.
Syafiq Azril Mohd. Nasis, 40, berkata, isterinya, Nor Hidayah Zakaria, 39, yang baru disahkan bebas daripada kanser payudara baru-baru ini sepatutya kembali bertugas pada awal tahun hadapan.
“Sebelum ini, arwah isteri saya (Nor Hidayah) terpaksa bercuti panjang selama setahun untuk menjalani rawatan.
“Dia sangat gembira dan sebelum kembali bertugas, arwah mahu menghabiskan masa bercuti bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Kemaman di sini hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan Nor Hidayah dan anak saudaranya, Urshia Medina Noor Didi Hilmi, 12, maut akibat lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk pada pukul 4.15 petang.
Syafiq Azril berkata, sebelum ke Pantai Penunjuk, mereka bermalam di Cherating, Pahang mengadakan hari keluarga.
Katanya, pada awalnya mereka ke Pantai Penunjuk sekadar untuk makan ikan celup tepung sebelum isterinya dan enam anak saudaranya termasuk
“Arwah isteri saya sempat selamatkan dan tolak tiga daripada lima anak saudara kami ke tepi pantai, namun selepas itu dia pula yang semakin jauh ke tengah laut,” katanya. – KOSMO! ONLINE