fbpx
Pasukan forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi dua beranak maut dipercayai dibunuh di Juru, malam tadi. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

[VIDEO] Tular perbualan suami menangis maklum isteri, anak dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perbualan seorang lelaki dalam keadaan menangis teresak-esak sambil memaklumkan yang isteri dan anaknya mati dibunuh tular di media sosial, malam tadi.

Menerusi rakaman suara berdurasi 18 saat yang dihantar melalui whatsApp itu, individu terbabit dipercayai suami mangsa memaklumkan yang dia tidak dapat hadir ke tempat kerja esok atas sebab kejadian yang berlaku.

“Assalamualaikum Daus, esok abang tak kerja tau, isteri aku dengan anak aku kena bunuh dekat rumah. Aku balik-balik tengok pintu terbuka, aku tengok bini aku melimpah darah, anak pun kena bunuh,” katanya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan perasaan duka dan simpati atas kejadian yang menimpa lelaki tersebut.

“Runtun hati dengar suara suami arwah. balik-balik rumah tengok anak bini kena bunuh.. Semoga diberi ketabahan buatnya,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kami pun baru tahu 10 minit lepas masih terkejut. Kak ni baik sangat rajin berniaga macam-macam kuih raya roti bagai,” balas seorang lagi pengguna.

“Kes samun katanya, harap dapat tangkap la si pelaku,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi dari lokasi kejadian mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa berusia 51 dan 11 tahun.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu bersama anak perempuannya ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Kedua-dua mereka dipercayai ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI