fbpx
Tangkap layar video memaparkan hantaran dimuat naik oleh Imuda ketika menziarahi Sathiya di rumahnya.

[VIDEO] ‘Tak lama lagi dia akan dapat kaki baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelawak terkenal, Datuk Imuda memaklumkan rakannya, Sathiya bakal menerima kaki baharu tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di TikTok, pelakon berkenaan berpeluang melawat rakan seperjuangannya dalam siri popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu di kediamannya.

“Sathiya kini dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan pemotongan kaki. Saya dan isteri sempat berbual mengenang kisah lama ketika kami menjalani penggambaran Pi Mai Pi Mai Tang Tu dahulu,” katanya.

Imuda turut mendoakan agar Sathiya terus sihat dan kuat untuk meneruskan kehidupan.

“Tak lama lagi dia akan dapat kaki baharu. Kena teruskan perjalanan, macha,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen berkenaan hantaran tersebut.

“Indahnya persahabatan ini, semoga uncle Sathiya dalam keadaan sihat,” ujar @Rina Azriena.

“Terima kasih kerana menghiburkan kami di zaman 90an,” kata @Amry Abdullah.

Terdahulu, pelawak veteran, Sathiya, 61, terpaksa menjalani pembedahan memotong kaki kiri akibat komplikasi kencing manis kronik yang dialaminya di Hospital Ampang, Selangor.

Difahamkan, selain menghidap kencing manis, Sathiya juga pernah diserang angin ahmar tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

@imudastorySaya dan isteri saya menziarahi sahabat saya SATHIYA di kediamannya rabu lepas. Atas kesibukan kerja saya tak dapat menziarahi sathiya di hospital tempoh hari. Sathiya dalam keadaan baik setelah menjalani pembedahan pemotongan kaki. Semoga terus sihat macha. Sempat kami sembang tentang kisah2 lama kami semasa shooting pi mai pi mai tang tu dulu. Tak lama lagi dapat kaki baru kena teruskan perjalanan macha♬ original sound – Dato’ Imuda

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI