fbpx
Muhammad Saifuddin perlu dana RM90,000 untuk pembedahan segera bagi merawat penyakit jantungnya.

‘Tolong saya bantu Muhammad Saifuddin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal merayu simpati orang ramai bagi menyelamatkan nyawa salah seorang anaknya yang menghidap jantung kongenital atau Tetralogy of Fallot (TOF).

Siti Rafizah Mohd. Razali, 40, berkata, keadaan anak ketiganya, Muhammad Saifuddin Saaban, 12, kini semakin serius dan perlu menjalani pembedahan segera dengan kos perbelanjaan sebanyak RM90,000.

Dia yang merupakan penjaja dan pembantu gerai secara sambilan itu memberitahu, anaknya dikesan mengalami masalah jantung sejak berusia sebulan dan pernah menjalani pembedahan semasa usianya dua tahun.

“Dalam tempoh 10 tahun (selepas menjalani pembedahan pada usia dua tahun), dia (anak) membesar dengan sihat sehinggalah pemeriksaan susulan pada Julai lalu mendapati terdapat pembengkakan pada jantung­nya.

“Doktor memaklumkan Muhammad Saifuddin mengalami kebocoran injap yang teruk (Severe Pulmonary Regurgitation) dan perlu menjalani pembedahan dada terbuka untuk menggantikan injap pulmonari sebagai usaha menyelamatkan nyawa anak saya,” katanya.

Menurut Siti Rafizah, kehidupan mereka sekeluarga berubah sekelip mata sejak kematian suaminya akibat demam chikungunya pada lima tahun lalu.

“Saya tidak mampu menanggung kos pembedahan yang tinggi seorang diri dan terpaksa mengharapkan bantuan orang ramai untuk menampung kos pembedahan sebanyak RM90,000.

“Selain Muhammad Saifuddin, saya juga membesarkan tiga lagi anak berusia lapan, 14 dan 18 tahun,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya berbesar hati membantu ibu tunggal tersebut bagi mengumpul dana daripada orang ramai.

“Siti Rafizah ada mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat. Dia berusaha mengumpul wang sendiri, namun hanya mampu mengeluarkan sebanyak RM2,000,” jelasnya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan derma, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun: 3201428817).

Sumbangan juga boleh di­salurkan menerusi laman web rasmi www.onehopecharity.org. atau hubungi talian hotline 04-539 9212.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI