fbpx
Gambar hiasan

Tiada saksi kejadian penuntut UM maut jatuh dari bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada saksi dikenal pasti melihat kejadian seorang penuntut Universiti Malaya (UM) yang maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediamannya di universiti berkenaan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tempat tinggi di sebuah bangunan empat tingkat di kawasan kolej tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini tiada saksi yang melihat kejadian secara langsung.

“Polis juga telah mula merakam keterangan rakan-rakan serta ahli keluarga mangsa bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebarang perkembangan lanjut berhubung kes berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang pelajar lelaki UM maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman pada Jumaat lalu.

Shamsudin dilapor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian lebih kurang pukul 3.15 petang.

“Mangsa berusia 22 tahun dipercayai jatuh dari bangunan kolej kediaman dan dibawa ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 4.25 petang oleh Pegawai Perubatan PPUM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI