fbpx
Pemain Australia bersorak gembira sambil menjulang Piala Sultan Johor apabila muncul juara pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 (B-21) tahun Piala Sultan Johor menentang India di Perbadanan Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Bahru disini . Australia menang 2-1. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

SOJC: Australia tewaskan India di pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Australia muncul juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) dalam aksi penuh dramatik menewaskan India 2-1 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Australia menamatkan penantian lapan tahun untuk bergelar juara setelah kali terakhir memenanginya pada 2017, dan muncul juara buat kali ketiga.

Kemenangan tersebut juga membolehkan Australia menamatkan badi di pentas akhir SOJC buat tiga tahun berturut-turut setelah tewas kepada India (2022), Jerman (2023) dan Great Britain (2024).

Sementara itu, juara bertahan, Great Britain sekadar berpuas hati menamatkan saingan SOJC kali ini di tempat ketiga apabila menang tipis 3-2 ke atas Pakistan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI