fbpx
GURAUAN Siti Nurhaliza tentang kit ujian kehamilan menuai perhatian banyak netizen.

Siti Nurhaliza bakal timang anak kembar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIARPUN sekadar gurauan untuk konten di laman sosial, tindakan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bermain aplikasi kit ujian kehamilan atau ‘pregnancy test’ mengundang usikan.

Bukan hanya pengikut TikToknya, ibu kepada dua cahaya mata itu juga terkejut kerana keputusan ujian menunjukan dia bakal menimang anak kembar.

Apa lagi, berderu-deru komen menzahirkan keterujaan dengan rata-rata mengakui tidak sabar melihat Aafiyah dan Afwa dapat adik kembar.
Malah netizen juga berharap dapat melihat reaksi kedua-dua kanak-kanak comel itu andai doa mereka dimakbulkan.

Diva pun tumpang gembira kalau keluarga Tok Ti dan suami tercinta bertambah besar dengan kehadiran si kembar. Bukan apa, Rozita Che Wan pun melahirkan Aaisyah Dhia Rana pada umur 40-an.

DIVA: Apa khabar Amad sekarang? Harap anak saudara Siti itu cepat sembuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI