fbpx
Yah membersihkan rumahnya yang dilanda banjir kilat di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

‘Serik beli barang rumah, tanggung rugi kerap banjir kilat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Penduduk di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini mengaku serik untuk membeli kelengkapan rumah apabila kediaman mereka kerap dilanda banjir kilat.

Terbaharu, penduduk berdepan bencana banjir kilat selepas hujan lebat berterusan selama satu jam kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Che Rosri Che Rahim, 45, berkata, dia dan keluarga berdepan banjir kilat sebanyak lima tahun lalu sejak berpindah ke kawasan tersebut kira-kira 12 tahun lalu.

Katanya, air banjir surut selepas tiga jam dan keluarganya terpaksa bersengkang mata sehingga pukul 2 pagi bagi membersihkan sisa sampah dan lumpur di dalam rumah.

“Air sungai yang berada kira-kira 30 meter dari rumah naik secara mendadak dan masuk ke dalam rumah. Anggaran kerugian akibat banjir kilat yang terpaksa ditanggung oleh keluarga kami setakat ini dianggarkan hampir RM20,000,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Yah Omar, 43, berkata, dia sekeluarga sudah serik untuk membeli peralatan rumah selepas rumahnya sering dilanda banjir kilat.

“Kami menyambung membersihkan kawasan rumah pagi tadi. Saya sudah serik untuk membeli barangan kelengkapan rumah kerana sering menanggung kerugian akibat bencana banjir kilat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, sebanyak empat buah rumah melibatkan 27 mangsa terjejas akibat banjir kilat yang melanda kawasan Taman Agropolitan Rantau Manis pada malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI