PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar sambutan Deepavali kali ini membawa sinar kebahagiaan serta semangat pencerahan buat seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi satu hantaran di media sosial sempena perayaan tersebut, Anwar menekankan kepentingan masyarakat India dan rakyat negara ini terus bersama-sama menuju ke arah kemajuan.
“Masyarakat India dan kita bersama rakyat Malaysia menuju kemajuan, pencerahan, keadilan, meninggalkan kegelapan dan kezaliman.
“Mudah-mudahan deepavali akan memberikan pencerahan kebahagiaan kepada keluarga masyarakat Malaysia,” katanya.- KOSMO! ONLINE.