fbpx
NORHAYATI

Saringan ketat sebelum ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGALA teka-teki mengenai senarai akhir barisan atlet olahraga negara menggalas cabaran ke Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember nanti bakal terjawab apabila dijangka diumumkan pada minggu pertama bulan depan.

Setiausaha Agung Persatuan Olahraga Malaysia (MA), Norhayati Karim berkata, pemilihan atlet ke temasya dwitahunan itu bukanlah satu tugas mudah kerana setiap calon perlu melepasi tapisan yang ketat.

Menurutnya, pelbagai aspek termasuk prestasi semasa dan tahap kecergasan atlet menjadi pertaruhan utama sebelum nama dimuktamadkan.

“Kita sudah ada senarai pendek, cuma ada beberapa prosedur perlu dipatuhi. Pemilihan melibatkan dua kategori atlet iaitu A dan B. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu melepasi tapisan pemeriksaan perubatan dan mengesahkan kesediaan beraksi di luar negara.

“Jadi tarikh muktamad untuk pengumuman pada minggu pertama bulan November,” katanya ketika ditemui semasa sesi sidang akhbar Seminar dan Forum Gender Leadership 2025 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, MA bakal melakar sejarah sebagai persatuan sukan kebangsaan pertama yang menganjurkan Seminar dan Forum Gender Leadership 2025 pada 26 Oktober ini.

Jelas Norhayati, program dengan kerjasama Olahraga Dunia (WA) itu menjadi platform penting bagi membincangkan peranan, penglibatan serta cabaran golongan wanita dalam arena sukan Malaysia.

“Ini adalah cara kami menyahut seruan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan WA dalam usaha memperkasakan peranan wanita dalam sukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI