PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga pukul 3 petang ini.
Katanya, cuaca buruk dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah melibatkan (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling)
“Manakala Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
“Di Terengganu pula melibatkan (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan),” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE