fbpx
VITTOZ (kanan) memiliki kredibiliti dan pengalaman yang terbaik mengendalikan kesa berkaitan Tribunal FIFA.

Reputasi cemerlang punca Vittoz dilantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REPUTASI ‘kelas dunia’ peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz menjadi sandaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha melawan kes hukuman yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen, bulan lalu.

Vittoz merupakan peguam daripada firma Charles Russell Speechlys yang berpangkalan di Zurich, Switzerland dengan kepakaran mengendalikan kes mahkamah melibat organisasi yang terlibat dalam sukan di bawah naungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Berdasarkan profil di laman firma terbabit, Vittoz turut arif dalam mengendalikan kes berkaitan Tribunal FIFA selain Mahkamah Timbang Tara Sukan sekali gus dianggap antara peguam sukan ‘terbaik’ dunia.

Kredibiliti Vittoz dijangka memainkan peranan penting buat badan induk bola sepak negara sebelum mengetahui status rayuan yang bakal didedahkan oleh FIFA pada 30 Oktober depan.

Ketua Pegawai Eksekutif skuad Harimau Malaya, Rob Friend menjelaskan kehadiran Vittoz cukup penting bagi memulihkan semula maruah arena bola sepak negara yang tercalar di peringkat antarabangsa.

“Apabila kes ini sudah berada di peringkat FIFA, kita perlu melindungi para pemain yang mewakili negara. Sebahagian daripada mereka berjuang habis-habisan untuk Malaysia dan berikan segalanya.

“Sebab itu saya terbang ke Zurich untuk bertemu dengan beberapa peguam terbaik di dunia.

“Kemudiannya ke pejabat perundangan FIFA di Miami, Amerika Syarikat, bagi memahami dengan tepat dan jelas apa yang sebenarnya berlaku,” katanya Friend.

Antara pengalaman Vittoz adalah ketika mewakili beberapa Persatuan Bola Sepak (FA) beberapa negara dan pemain profesional untuk beraksi secara sah dalam kejohanan Piala Dunia 2018 dan 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN