fbpx
Mayat remaja lelaki yang ditemui lemas di Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, Yan petang tadi. - Gambar ihsan JBPM KEDAH

Remaja 16 tahun lemas di Lubuk Kawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi bersama beberapa rakannya di kawasan sungai Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, di sini petang tadi.

Mayat mangsa, Mohd. Zareef Adam Ramli, 16, dijumpai anggota bomba kira-kira pukul 8.40 malam.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farid Mohd. Razali berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada pukul 6.18 petang memaklumkan terdapat mangsa lemas di lokasi tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, dimaklumkan terdapat seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi bersama rakan-rakannya.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melalui kaedah pencarian di permukaan dan meredah sungai di kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira 500 meter dari lokasi remaja itu dilaporkan lemas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN