fbpx
Penjaga gol Kuching City, Muhammad Haziq Nadzli (kanan) mengasak pemain TFC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu malam tadi.

Piala FA: Kuching City puas perangkap TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Pengendali Kuching City, Aidil Shahrin Sahak puas ‘kerja rumah’ yang dilakukan bersama anak buahnya berhasil menjinakkan Terengganu FC (TFC) di laman lawan pada aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi.

Beliau memuji disiplin tinggi anak buahnya yang berjaya mengekang corak agresif TFC selain memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh.

“Kami buat kerja rumah untuk menghentikan ancaman utama TFC, terutama larian Nurillo (Tukhtasinov) dan pergerakan Gabi (da Silva).

“Alhamdulillah, semua itu menjadi. Kemenangan ini bukan hanya hasil ketajaman jentera serangan tetapi juga komitmen seluruh pasukan menutup ruang serta menyekat kebangkitan tuan rumah,” katanya selepas perlawanan di sini malam tadi.

Skuad The Cats membawa bekalan selesa apabila membelasah TFC 4-1 pada aksi berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini.

Begitupun, Aidil Shahrin mengingatkan pemainnya agar kekal fokus dan bermain seperti biasa pada aksi timbal balik di tempat sendiri kelak.

Beliau berkata, skuad kendaliannya tidak akan bermain bertahan sebalik terus akan menggempur gawang skuad Sang Penyu.

Aksi suku akhir kedua Piala FA tersebut bakal berlangsung di Stadium Negeri Sarawak pada 28 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI