fbpx
NEGERI Sembilan berdepan kesukaran untuk mengekang asakan Selangor FC di bahagian sayap. - MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Pemain sayap Selangor FC beri igauan ngeri buat Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Gerakan di bahagian sayap menjadi kekuatan utama buat Selangor FC yang meraih kemenangan 4-0 ke atas Negeri Sembilan dalam pusingan pertama suku akhir Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Pengendali Negeri Sembilan, Mohd. Nidzam Jamil berkata, barisan serangan pasukan pelawat seperti Faisal Halim dan Alvin Fortes berjaya menghadirkan masalah kepada anak buahnya.

“Kita kena matang untuk menangani situasi ini memandangkan empat gol yang datang dari arah kiri dan kanan. Bagaimana kami perlu bertahan di kawasan ini, itulah yang kita perlu baiki,” katanya.

Gol The Red Giants disumbangkan oleh  Faisal pada minit ke-33 dan 63, Chrigor Flores Moraes (m-47) dan Zach Paul John Clough (m-55).

Mengulas mengenai aksi pusingan kedua di Petaling Jaya, 29 Oktober ini, Mohd. Nidzam berkata, NSFC masih belum mahu mengalah dan berazam memberi saingan terbaik dalam perlawanan itu kelak.

Walaupun mengakui sukar, Mohd. Nidzam yang pernah membimbing Selangor FC percaya tiada apa yang mustahil dan paling penting pemainnya harus mengerah segala kudrat untuk menterbalikkan keputusan.

“Tetapi situasi itu sukar berlaku. Ia ibarat cerita dongeng dan agak sukar berlaku dalam bola sepak realiti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI