fbpx
LOTTER pernah menjadi penyampai radio Suria FM dan VOK FM.

Naib juara AF4 meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Naib juara program reality Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Lotter meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 10.50 malam, semalam akibat penyakit tiroid.

Menurut sumber, Lotter, 43, dimasukkan ke hospital pada awal pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Pemilik nama lengkap Lotter P. Edwin Edin kelihatan sangat ceria dan berusaha menyembunyikan penyakitnya menyebabkan ramai rakan serta kenalan artis terkejut dengan pemergiannya.

Mendiang dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di hospital di samping keluarga dan rakan-rakan
rapat.

Penyanyi kelahiran Sabah itu difahamkan sudah bertunang dan dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Selain aktif dalam nyanyian, mendiang juga pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM dan VOK FM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI