fbpx
FERNANDEZ (kiri) akhirnya menamatkan penantian selepas memenangi perlumbaan GP Australia sebentar tadi. - AFP

MotoGP: Fernandez raih kemenangan sulung di Phillip Island

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELBOURNE – Pelumba pasukan Trackhouse Racing, Raul Fernandez melakar kejutan apabila berjaya memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Australia yang berlangsung di Litar Phillip Island sebentar tadi.

Memulakan perlumbaan di petak keempat, pelumba Sepanyol itu menampilkan tunggangan cukup konsisten apabila memimpin sebahagian besar perlumbaan sebelum menghadiahkan kemenangan sulung buat pasukan tersebut.

Fernandez yang turut meraih kemenangan pertama dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) berkata, kemenangan itu bukan sahaja disebabkan dirinya, malah turut dibantu oleh kerja keras pasukan.

“Sukar untuk saya percaya dengan kemenangan ini. Selepas lama berjuang, akhirnya kami berjaya mendapatkan sesuatu, lebih-lebih lagi pasukan sentiasa percaya dan memberikan sokongan kepada saya.

“Perlumbaan ini memerlukan kami untuk bijak menguruskan tayar dan ia berjaya dilakukan hingga ke garisan penamat. Saya rasa seolah-olah lima pusingan terakhir tadi sangat panjang,” katanya selepas tamat perlumbaan.

Mengiringi Fernandez di podium adalah pelumba VR46 Racing, Fabio Di Giannantonio yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala tempat ketiga menjadi milik Marco Bezzecchi dari pasukan Aprilia.

Sebelum perlumbaan tersebut, Trackhouse tidak pernah memenangi mana-mana perlumbaan MotoGP selepas melakukan debut pada GP Qatar di Litar Lusail tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI