fbpx
Anwar ketika menghadiri ASEAN Friendship Concert 2025 di Angkasapuri, semalam. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Malaysia tekad perkukuh kerjasama serantau – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia yang kini memegang kerusi kepemimpinan ASEAN bertekad memperhebat kerjasama serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini agar keluarga besar rantau ini terus pesat membangun dan berpaut teguh pada nilai kebersamaan, keadilan serta saling menghormati.

Katanya, semangat itu dizahirkan menerusi ASEAN Friendship Concert 2025 yang berlangsung di Angkasapuri malam tadi, menampilkan persembahan seni dan muzik berwarna-warni daripada barisan artis negara anggota ASEAN.

“Bertemakan ‘Melodies of Unity, Rhythms of Friendship’, ia mencerminkan nadi dan semangat ASEAN bahawa meski berbeda bahasa dan budaya, kita tetap teguh mempertahankan prinsip hidup berdamping (coexistence) dan kerukunan.

“Persembahan istimewa Aisha Retno bersama barisan artis dari negara anggota membuktikan muzik dan seni adalah bahasa yang melangkaui batas politik dan geografi selain mempersatu kita semua,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata, semangat kebersamaan yang dipamerkan dalam konsert berkenaan wajar diterjemahkan dalam bentuk tindakan bagi memastikan ASEAN terus aman, makmur tetapi kental mengakar pada budaya serta nilai serantau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI