fbpx
Jenazah Urshia Medina dan ibu saudaranya, Nor Hidayah dimasukkan ke dalam van sebelum dibawa pulang ke Jitra, Kedah untuk dikebumikan di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman hari ini.

Lemas Pantai Penunjuk: Semalam kali terakhir Urshia Medina sambut hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Urshia Medina Noor Didi Hilmi yang maut akibat lemas bersama ibu saudaranya di Pantai Penunjuk, Kijal di sini semalam sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-12 hari ini.

Datuk saudara Urshia Medina, Megat Rosli Megat Dewa, 68, berkata, mereka sempat mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Urshia Medina di Cherating, Pahang kelmarin.

“Kami mengadakan hari keluarga di Cherating dan selitkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Medina.

“Dia (Medina) sangat gembiran dan berhasrat mahu membuka hadiah-hadiah diterima sebaik di rumahnya di Ampang, Selangor. Rupa-rupanya tidak sempat,” katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Nor Hidayah dan anak saudaranya, Urshia Medina Noor Didi Hilmi, 12, maut akibat lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk pada pukul 4.15 petang.

Megat Rosli berkata, kehilangan serentak Urshia Medina dan Nor Hidayah akibat lemas merupakan ujian besar bagi keluarganya.

Dia berkata, jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa pulang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hijrah, di Jitra, Kedah hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI