fbpx
Kerja menggali kubur lama di tepi Jalan Sungai Biuh di Parit Raja, Batu Pahat sebelum dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Sembrong, Parit Raja, Batu Pahat.

Kubur 60 tahun tepi jalan dipindahkan ke ‘rumah’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Satu kubur lama yang dipercayai sudah berusia lebih 60 tahun di tepi Jalan Sungai Biuh di Parit Raja di sini dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Sembrong.

Ketua Kampung Sungai Biuh, Khairul Azhar Abu Samah berkata, kubur dipercayai milik seorang wanita telah dilakukan penggaliannya oleh pasukan penggali kubur dari Pontian diketuai MD Elsa Misnur.

Katanya, pemindahan kubur itu dilakukan berikutan kedudukannya yang hanya satu kubur selain berada di tepi jalan dan paling utama untuk mengelakkan perkara-perkara kurafat ke atas kubur lama berkenaan.

“Kubur itu dipercayai milik seorang wanita yang dikatakan meninggal dunia selepas me­lahirkan seorang anak dan usaha menjejaki warisnya sudah pun dilakukan sejak Januari tahun ini, namun menemui jalan buntu.

“Kesukaran mengesan pemiliknya juga disebabkan tiada nama yang tercatat pada batu nisan dan dipercayai diganti serta dipasang kepuk sejak kira-kira 10 tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Khairul Azhar, jika ada waris yang ingin menziarahi jenazah ini boleh datang terus ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Sembrong tanpa diletakkan nama kerana tidak tahu penamanya sebenar.

Pada 23 Januari lalu, Kosmo! telah menyiarkan pencarian waris ke atas sebuah kubur lama yang berada di tepi Jalan Sungai Biuh di Parit Raja dekat sini bagi urusan pemindahan.

Kubur yang terletak di antara Jalan Olak Batu ke Tanjung Sembrong itu dipercayai sudah wujud lebih 60 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI