fbpx
Helikopter yang digunakan untuk membawa turun jenazah Mustaqqeem dari puncak Gunung Liang di Tanjung Malim kelmarin. - Foto oleh FADZIL ZAINOL / KOSMO!

Kes Gunung Liang: 8 individu termasuk rakan pendaki diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Polis telah merakam percakapan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pendaki, Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad memaklumkan, kesemua lapan individu itu merangkumi peserta dan rakan pendaki mangsa yang menyertai misi pendakian.

“Baki tiga lagi pendaki yang turut serta dalam ekspedisi akan dipanggil kemudian bagi melengkapkan siasatan.

“Mereka dikesan pulang terus selepas tiba di kaki gunung disebabkan urusan kerja dan cuti,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, penganjur aktiviti pendakian itu juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, siasatan dijalankan di bawah laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu media melaporkan, polis mengesahkan kematian Allahyarham Mustaqqeem disebabkan hipotermia atau kesejukan melampau hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Slim River.

Allahyarham ditemukan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang Khamis lalu di puncak Gunung Liang dan jenazahnya dibawa keluar daripada gunung berketinggian 1,933 meter itu menggunakan helikopter AW189 milik Pasukan Khas Udara Bomba keesokannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI