fbpx
Suami mangsa (kiri) ketika dibawa reman di Mahkamah Bukit Mertajam, hari ini.

‘Kami tak kenal rapat dengan suami adik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Abang kandung kepada mangsa bunuh di Kampung Sekolah Juru di sini, mendakwa yang mereka tidak mengenali rapat dengan suami wanita itu sejak pasangan itu mendirikan rumah tangga lebih lima tahun lalu.

Bismi Che Hin, 60, berkata, dia hanya beberapa kali bertemu dengan adik iparnya itu dan jarang sekali berbual bersama.

“Kami memang tak kenal rapat dengan suami mangsa. Macam mana mereka (pasangan itu) kenal dan bila mereka kahwin pun kami tak tau (tidak tahu).

“Suami adik pun tak banyak cakap dan banyak mendiamkan diri bila bertemu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, tadi.

Tambahnya, jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Kampung Masjid, Jeneri di Kedah sejurus selesai bedah siasat.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita, Sariya, 51 dan anak perempuanya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim,11 ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Kedua-dua mereka dipercayai ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI