fbpx
SEORANG individu mendakwa keluarga Puteri Balqis mengambil bahan terlarang.

‘Kami 100 peratus normal, tak ambil bahan terlarang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – BANGKIT bersuara, pelakon Puteri Balqis menafikan dakwaan tidak berasas kononnya keluarganya terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurut pemilik nama lengkap Puteri Balqis Azizi, 23, keluarganya tidak pernah sekalipun menggunakan sebarang bahan terlarang seperti tuduhan segelintir pihak.

“Pihak kami terima fitnah ini dari anda sebab setahu saya, keluarga saya tak ambil dadah. Semua dari keluarga ini tak pernah sekalipun menggunakan dadah.

“Kami semua 100 peratus normal semasa bekerja mahupun tak bekerja. Jadi boleh anda sertakan dengan bukti kukuh?

“Adakah dengan melihat perangai kami, anda terus menuduh kami semua sebagai penagih?,” katanya dalam InstaStory.

Katanya lagi, tuduhan tersebut disifatkan sebagai cubaan menjatuhkan maruah keluarganya.

“Apabila hati sakit dan tidak mendapat lelaki yang diingini, anda memilih untuk memfitnah ibu serta keluarga saya pula?

“Jika mahu bertindak tidak bermaruah, jangan berani dalam media sosial. Jika mahu berperangai sedemikian, jangan babitkan keluarga orang lain,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, pelakon drama Keluarga Itu juga mengecam tindakan individu berkenaan yang didakwa berselindung di sebalik imej bertudung tetapi berkelakuan bertentangan.

“Anda memfitnah keluarga kami dengan menggunakan profil bertudung tetapi apabila bergaul dengan suami orang, semuanya dibuka pula.

“Jangan memalukan penyokong dan sahabat kami yang benar-benar bertudung dan memiliki sifat baik.

“Anda juga mempunyai ibu, adakah ibu anda juga seperti anda? Melihat perangai anda pun sudah cukup untuk menilai. Jijik,” tergasnya lagi.

Sebelum ini, seorang individu tampil meninggalkan komen dalam Facebook menuduh Balqis sebagai ‘keluarga penghisap (dadah)’.

Dalam hantaran sama, Balqis turut menyertakan tangkap layar profil Facebook dan Instagram milik individu berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI