fbpx
Hajiji melakukan gimik Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Lagu GRS pada majlis di SICC Kota Kinabalu pada Ahad. Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

‘GRS akan menang, rumah kita tetap kukuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) hasil kesatuan, kesiapsiagaan dan semangat juang jentera parti di semua peringkat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata, pelancaran jentera GRS menjadi medan penting memperkukuh strategi dan semangat seluruh anggota menjelang PRN yang bakal berlangsung bulan depan.

“Jika kita memiliki jentera yang efisien, terlatih dan bersatu hati, GRS akan mencatat kemenangan dalam PRN17.

“Oleh itu, kita mengingatkan jentera parti agar tidak leka malah sebaliknya bekerja keras untuk memastikan kemenangan besar dan mengekalkan Sabah ditadbir oleh kerajaan yang stabil dan berwibawa,” katanya semasa melancarkan Jentera Pilihan Raya GRS di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji menegaskan walaupun dua parti memilih untuk keluar daripada gabungan menjelang pilihan raya, namun kekuatan dan perpaduan GRS kekal utuh kerana perjuangan ini berasaskan keikhlasan serta persahabatan tulen demi masa depan negeri Sabah.

“Peristiwa Langkah Kinabalu telah mengajar kita sesuatu yang amat berharga. Rumah kita sudah diuji namun rumah kita tidak tumbang. Rumah kita, kita jaga. Rumah kita, rumah Gabungan Rakyat Sabah!” tegasnya.

Hajiji turut menekankan bahawa PRN kali ini bukan sekadar perebutan kuasa tetapi pertarungan menentukan masa depan Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI