fbpx
FRANK menggesa barisan pemainnya agar mengekalkan momentum terbaik menjelang aksi menentang Villa malam ini. - AFP

EPL: Spurs sedia turunkan ‘mesin gol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank sedia menurunkan penyerang baharu, Randal Kolo Muani dalam skuad utama pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa di laman sendiri malam ini.

Sebagai rekod, Kolo Muani hanya beraksi selama 13 minit pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu Villarreal bulan lalu sebelum disisihkan ekoran kecederaan kaki dan masih belum membuat kemunculan debut dalam kancah EPL.

Menurut Frank, Kolo Muani yang berhijrah secara pinjaman daripada Paris Saint-Germain (PSG) sudah cergas sepenuhnya dan mampu menjadi sandaran utama di jentera serangan bersama Richarlison.

“Kolo Muani sudah menjalani latihan intensif selama dua minggu bersama pasukan dan ini adalah perkembangan positif. Tidak keterlaluan untuk saya katakan dia sudah bersedia untuk membuat debut EPL pada Ahad ini (malam ini).

“Secara peribadi, kami masih perlu berikan masa kerana dia baru sahaja menyertai pasukan pada 1 September lepas tetapi mungkin ini adalah peluangnya untuk memberi impak bermakna jika diturunkan nanti,” katanya.

Sementara itu, Frank turut menyeru agar pasukan bersedia daripada segit mental dan fizikal selepas bakal mengharungi jadual padat apabila tujuh perlawanan dilangsungkan dalam tempoh 22 hari.

“Ini adalah cabaran besar buat pemain untuk mengharungi banyak perlawanan sukar dalam masa yang singkat. Kita perlu fokus dengan aksi domestik serta UCL dan menjadi tugas saya untuk mengatur strategi terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI