fbpx
Haaland muncul wira The Citizens apabila meledak dua gol pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan AP

EPL: Manchester City, Chelsea mudah lakar kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYERANG sensasi Manchester City, Erling Haaland terus mempamerkan ketajaman musim ini selepas membantu pasukan menewaskan Everton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Etihat itu, Haaland muncul wira The Citizens apabila meledak dua gol pada babak kedua untuk memastikan tuan rumah meraih tiga mata berharga.

Pemain antarabangsa Norway itu meledak gol pada minit ke-58 selepas menerima hantaran Nico O’Reilly sebelum menggandakan kelebihan menjadi 2-0 berselang enam minit kemudian.

Dua gol itu menyaksikan Haaland melebarkan status selaku penjaring terbanyak dengan 11 gol pada kempen kali ini.

Keputusan tersebut turut meletakkan skuad kendalian Pep Guardiola itu selesa mengumpul 16 mata selepas mengharungi lapan perlawanan musim ini.

Sementara itu, Chelsea turut melakar kemenangan bergaya selepas menang 3-0 ke atas Nottingham Forest di Stadium City Ground.

Pedro Neto (kanan) meraikan jaringan yang dilakukan bersama The Blues, sebentar tadi.

Gol-gol The Blues dijaringkan oleh Josh Acheampong pada minit ke-49, Pedro Neto (m-52) dan Reece James (m-84).

Lebih malang, Forest membuat keputusan drastik untuk memecat pengendali, Ange Postecoglou serta-merta selepas tamat perlawanan sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI