SEBERANG PERAI – Polis menahan suami mangsa bagi membantu siasatan kes kematian dua beranak yang ditemukan dalam keadaan tragis di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, Seberang Perai, malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit yang dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Siasatan behubung punca kejadian berlaku masih dalam siasatan polis dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Jenazah dua beranak itu akan dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu bersama anak perempuannya ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, kira-kira pukul 8 malam tadi.
Kedua-dua mereka dipercayai ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan. – KOSMO! ONLINE