fbpx
Jenazah Sariya dan anaknya sudah dituntut ahli keluarga petang tadi. Foto oleh NOOR HASLIZA NUSI/KOSMO!

Dua beranak dibunuh: Jenazah Sariya, anak dituntut ahli keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jenazah dua beranak yang ditemukan maut dipercayai dibunuh di kediaman sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, malam tadi sudah dituntut ahli keluarga, kira-kira pukul 5.55 petang tadi.

Jenazah, Sariya Che Hin, 51 dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim,11, masing-masing dibawa pulang dengan van jenazah ke kampung halaman mereka di Jeneri, Kedah.

Terdahulu, suasana hiba menyelubungi pekarangan luar Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) apabila seramai kira-kira 50 keluarga hadir sejak pukul 9 pagi tadi.

Hujan lebat mengiringi kepulangan jenazah dua beranak itu petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI