JENAMA automotif Jerman, Mercedes-Benz amat sinonim dengan kemewahan, prestij dan cita rasa tinggi. Sejak kemunculannya pada awal 1990-an, Mercedes-Benz siri C-Class sentiasa menjadi tulang belakang kepada dunia sedan mewah. Walaupun C-Class bukan model paling mahal, tetapi ia masih membawa aura ‘kereta premium’ dalam bentuk yang lebih praktikal. Tidak hairanlah, C200 menjadi pilihan ramai golongan profesional, eksekutif dan usahawan yang mahukan kereta elegan tetapi tidak terlalu menonjol seperti E-Class atau S-Class. Dengan pelancaran model C200 AMG Line 2025 pada September lalu,……