fbpx
WAH AMN melayani tiga beradik yang ditinggalkan bapa mereka akibat kekangan kewangan di Rumah Anak Yatim Jaz Home di Teluk Intan semalam.

‘Bila besar, kami mahu bahagiakan bapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Tiga beradik yang ditinggalkan bapa mereka di Rumah Anak-Anak Yatim Jaz Home di sini sepakat untuk belajar bersungguh-sungguh hingga ke universiti supaya dapat membalas jasa baik lelaki itu apabila dewasa kelak.

Salah seorang kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Xuan, 9, dia dan adik-beradiknya tidak berasa sedih, bahkan bersyukur kerana ditempatkan di pusat ja­gaan berkenaan.

“Di sini kami berkenalan de­ngan kawan-kawan baharu dan boleh melakukan aktiviti se­perti belajar bersama-sama mereka. Paling penting saya dan dua adik-beradik lain tidak berpisah.

“Apabila dewasa nanti, kami berhasrat untuk membantu bapa bagi meringankan bebannya. Jadi kami mahu belajar tinggi-tinggi dan masuk universiti supaya mendapat pekerjaan yang baik,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki terpaksa me­ninggalkan tiga orang anaknya berusia antara 5 hingga 9 tahun ekoran kekangan kewangan yang dihadapinya.

Lelaki itu juga telah bercerai dengan isterinya yang merupakan warga Vietnam pada Mei lalu, justeru tanggungjawab menjaga tiga orang anaknya terpaksa dipikul seorang diri.

Dia yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan sekitar RM2,600 akhirnya terpaksa menghantar tiga orang anaknya ke Faz Home agar kebajikan mereka terjaga.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jaz Home, Tan Meng Wah Amn berkata, kanak-kanak itu sebelum ini dihantar ke sebuah pusat jagaan di Kuala Lumpur, namun kosnya terlalu tinggi.

“Jadi, bapanya mengambil keputusan untuk mengunjungi kami dan meninggalkan anak-anaknya di sini. Dia meninggalkan pakaian dan buku-buku sekolah mereka.

“Kalau di Kuala Lumpur, kebajikan mereka terjejas ekoran bapa­nya tak mampu tanggung kos harian. Pagi mereka cuma minum kopi, tengah hari makan roti dan malam baru dapat jamah nasi,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN