fbpx
Tangkap layar hantaran di media sosial, guru menangis memohon maaf kepada semua ibu bapa susulan kejadian tikam di sebuah sekolah menengah baru-baru ini.

[VIDEO] ‘Kami sedih sangat, saya bagi pihak sekolah memohon maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular sepotong rakaman video yang menjadi perhatian pengguna media sosial memaparkan seorang guru tampil memohon maaf di hadapan ibu bapa dan beberapa pihak tertentu dipercayai susulan kejadian tikam di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini.

Dalam rakaman tersebut, guru terbabit dilihat berucap sambil menangis serta berulang kali menyebut perkataan maaf.

“Kami sedih sangat, saya bagi pihak sekolah memohon maaf atas kejadian yang berlaku ini,” katanya.

Guru itu menambah, tiada siapa di pihak sekolah yang menjangka insiden seberat itu boleh berlaku sehingga meragut nyawa seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Katanya, kawasan sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat buat pelajar.

“Kalau ibu bapa masih ada cadangan atau ingin memberi ruang kepada kami untuk bertindak dengan cara yang wajar, kami akan buat,” katanya.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan maut ditikam oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah tandas sekolah menengah di Bandar Utama, di sini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher dan dada.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan unsur dendam dan tekanan emosi menjadi punca utama kejadian tragik yang meragut nyawa pelajar terbabit, manakala suspek disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, polis sudah merakam keterangan 127 saksi bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Katanya, mereka terdiri daripada pelajar, guru, kakitangan sekolah, kaunselor, keluarga mangsa dan suspek. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN