fbpx
GAMBAR fail bandar raya Riyadh. - Foto AFP

Tiada kedai jual rokok dekat masjid, sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Arab Saudi mengenakan larangan terhadap pembukaan kedai menjual rokok dalam jarak 500 meter dari masjid dan sekolah, lapor portal berita Gulf News.

Larangan itu dilaksanakan selepas diluluskan Kementerian Perbandaran dan Perumahan Arab Saudi.

Peraturan baharu itu bertujuan untuk memupuk kesihatan awam, memastikan pematuhan pada  undang-undang dan mewujudkan persekitaran komersial yang selamat serta teratur di Arab Saudi.

Menurut portal berita Saudi Gazette, peraturan tersebut terpakai kepada semua premis yang menjual produk dan aksesori tembakau, termasuk rokok, hukah dan vape.

Bagi mendapatkan lesen operasi menjual rokok lebih 500 meter dari sekolah dan masjid, kedai-kedai berkenaan perlu mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah, mendapat kelulusan Jabatan Pertahanan Awam dan mematuhi sepenuhnya Undang-undang Prosedur Pelesenan Perbandaran serta peraturan pelaksanaannya.

Selain itu, kedai mesti berada di bangunan komersial dalam kawasan bandar dengan keluasan minimum 36 meter persegi dan serta memenuhi syarat khusus yang ditetapkan oleh majlis perbandaran, termasuk berkaitan kelebaran jalan serta klasifikasi lokasi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN