fbpx
PARA pemain TFC menjalani sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak menjelang aksi menentang Kuching City malam ini. - PUQTRA HAIRRY

TFC cari bekalan selesa di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERENGGANU FC (TFC) bertekad memanfaatkan kelebihan laman sendiri menentang Kuching City FC untuk mencari bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, Sang Penyu turun beraksi dengan misi meraih kemenangan bagi membuka langkah selesa mara ke separuh akhir.

“Saya tak kisah berapa gol pun, yang penting kita menang bagi menaikkan keyakinan pemain dan mendapatkan momentum sebelum aksi kedua nanti,” katanya.

Badrul Afzan yakin anak buahnya mampu merealisasikan misi tersebut biarpun tanpa pemain sayap, Akhyar Rashid yang masih belum dapat diturunkan akibat kecederaan.

Bekas pemain tengah Terengganu itu berkata, para pemain juga diingatkan agar kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan mudah di depan penyokong sendiri sepanjang tempoh 90 minit.

“Kita tahu Kuching City bukan lawan mudah dan memiliki kelebihan barisan pemain import berpengalaman. Oleh itu, pemain-pemain saya perlu fokus dan manfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri,” katanya.

Badrul Afzan berkata, sokongan padu daripada penyokong tegar bakal menjadi pembakar semangat bagi meraih kemenangan selain mendakwa tempoh rehat panjang bukan alasan untuk menjejaskan momentum dibina skuad Sang Penyu sebelum ini.

“Kita telah melakukan aksi persahabatan di Thailand pada minggu lalu dan keputusan seri 1-1 menunjukkan perkembangan positif dalam pasukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN