fbpx
WALAUPUN sudah bergelar juara dunia, namun Tang Jie-Ee Wei masih belum memenangi sebarang gelaran Jelajah Dunia musim ini. - AFP

Terbuka Denmark: Tang Jie-Ee Wei rebah di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus kempunan untuk menamatkan kemarau gelaran dalam saingan Jelajah Dunia musim ini selepas tersingkir daripada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark.

Pada aksi separuh akhir yang berlangung di Jyske Bank Arena, Odense hari ini, juara dunia itu terpaksa akur tewas 17-21, 21-18, 18-21 kepada pilihan utama kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Keputusan itu turut menyaksikan beregu China berkenaan berjaya melunaskan dendam atas kekalahan yang dialami kepada Tang Jie-Ee Wei pada final Kejohanan Dunia di Paris, Perancis Ogos lalu.

Turun sebagai pilihan keempat, anak-anak buah Nova Widianto itu melakukan kebangkitan di set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan selepas tewas pada set pertama.

Bagaimanapun, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan di set ketiga memakan diri sendiri sebelum tewas dalam tempoh 65 minit.

Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei masih belum meraih sebarang gelaran dalam saingan Jelajah Dunia musim ini dengan pencapaian terbaik adalah muncul naib juara China Masters bulan lalu.

Kali terakhir gandingan ‘Gangster Duo’ itu memenangi aksi Jelajah Dunia adalah ketika muncul juara kejohanan Terbuka Korea Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI