fbpx
Keratan artikel Kosmo! Online semalam.

Suspek samun bekas NC USM direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Lelaki tempatan yang ditahan selepas disyaki menyerang dan menyamun tokoh pendidikan, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di Taman Pekaka, Gelugor semalam, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, perintah reman ke atas suspek berusia 52 tahun itu bermula hari ini sehingga 24 Oktober bagi melengkapkan siasatan.

“Prosiding reman telah selesai, suspek ditahan selama tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Oktober,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Dzulkifli dilaporkan cedera selepas dipercayai menjadi mangsa samun berhampiran rumah beliau di Taman Pekaka di sini ketika baru pulang daripada menunaikan solat subuh.

Terdhulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, hasil tindakan pantas polis, suspek berusia 52 tahun berjaya ditangkap di kawasan Bayan Lepas kira-kira pukul 2.30 petang hari sama.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan 10 lagi rekod kesalahan narkotik. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera ketika melakukan samun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI