fbpx
SELEPAS Joe, kini dua lagi anggota asal, Black dan Eddie meninggal Wings.

Sayap-sayap patah, badi ‘Tragedi Oktober’ Awie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRAGEDI Oktober! Itu frasa yang disebut-sebut peminat tegar Wings sebaik berita dua ahlinya, Black dan Eddie mengumumkan keluar daripada kumpulan rock ikonik itu berkuat kuasa serta-merta 8 Oktober lalu.

Ironinya, judul seleksi hit dari album solo vokalisnya, Datuk Awie yang dirakamkan 31 tahun lalu dikatakan tepat bagi menggambarkan senario melanda Wings kali ini memandangkan tindakan itu dilakukan ketika kumpulan berkenaan bakal meraikan sambutan ke-40 tahun dengan sebuah konsert mega.

SELAIN Joe, Eddie dan Black yang telah membawa haluan sendiri, Awie sendiri sebelum ini pernah meninggalkan Wings.

Undur sebelum konsert

Biar seminggu berlalu, ramai tertanya-tanya punca mereka yang bukan setakat ahli grup malah sudah seperti adik-beradik berbuat demikian pada fasa terakhir persiapan konsert.

Sudah pasti spekulasi liar bertebaran sebaik pemain dram serta gitaris itu sendiri menerusi peguam mereka berkongsi kenyataan kepada media pada pukul 8.59 malam, seolah-olah tidak boleh tahan lagi untuk menunggu sehingga keesokan hari.

“Kami, Azmi Hashim atau dikenali sebagai Black dan Samsaidi Long Idris atau Eddie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuat kuasa serta-merta hari ini, Rabu bertarikh 8.10.2025,” kata mereka menerusi kenyataan media.

Begitupun, Awie yang hanya membalas mesej WhatsApp daripada HibGlam pada pukul 3 pagi berhubung tindakan mengejut dua sahabat baiknya itu memohon maaf kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara dahulu sebelum mengulas lanjut.

Kemudian penganjur Konsert Ulang Tahun Ke-40 Wings: 4 Dekad Terbang Tinggi, Datuk Eddy Amir Salim tampil menjelaskan persembahan mega di Idea Live Arena Damansara pada 28 November disusuli Singapura (24 Disember) tetap diteruskan.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Rumah Produksi Merah (RPM) itu turut memaklumkan tiket bagi konsert di Kuala Lumpur hanya tinggal berbaki 10 peratus sekali gus membuktikan sokongan ramai.

Nyata persiapan konsert meraikan penubuhan empat dekad Wings yang dijadualkan pada 28 November menjadi keutamaan Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 56, sekali gus memilih untuk mengunci mulut
dahulu.

Eddie, Black enggan ulas

Sementara Eddie atau Samsaidi Ulung Idris, 57, yang merupakan satu-satunya anggota yang tidak pernah meninggalkan band berpengaruh itu sejak ditubuhkan pada 1985 turut memilih tidak menjawab panggilan media, begitu juga dengan Black, 59.

Menyorot kembali kembara band rock otai itu, keluar masuk bukan perkara asing memandangkan Awie juga memilih haluan sendiri pada 1994 tetapi selepas pelancaran album Bazooka Penaka selain usai menyempurnakan konsert Double Trouble bersama Search.

Begitupun, ibarat air dicincang tidak akan putus, vokalis itu kembali ke pangkuan Wings 12 tahun kemudian sebelum gitaris, Joe yang bersama mereka sejak 1987 menggantikan posisi Sham pula berundur.

Apa pun krisis dalaman yang berlaku, penyokong tegar Wings sentiasa berharap band yang memahat sejarah tersendiri dalam landskap industri muzik negara itu terus jitu dan terbang tinggi biar siapa pun penerajunya.

Siapa tahu sayap yang patah itu mampu sembuh dalam waktu terdekat, sekali gus membolehkan Eddie dan Black sepentas lagi dengan Awie, Sham serta Edrie Hashim. Hanya masa yang menentukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI