fbpx
Ka Siong (tengah) ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCA Pulau Pinang, Tanjong Bunga, hari ini. Foto SAFINA RAMLI/KOSMO!

PRN Sabah: Kita tidak akan letak calon ‘bidan terjun’ – MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – MCA akan menampilkan calon anak tempatan bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pemilihan calon tersebut dibuat berdasarkan kriteria individu yang dilahirkan di kawasan berkenaan serta memahami latar belakang dan keperluan masyarakat setempat.

“Dia mesti dilahirkan di situ (Sabah), faham mengenai orang Sabah dan bukan orang asing. Kita tidak akan meletak calon ‘bidang terjun’,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut Ka Siong, calon-calon berkenaan sudah dikenal pasti dan MCA kini berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan senarai tersebut.

Mengulas mengenai hubungan MCA dengan Barisan Nasional (BN), beliau menegaskan bahawa parti itu masih berada dalam gabungan berkenaan dan tidak timbul isu sebaliknya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI