fbpx
Gambar hiasan

Pelajar UM maut akibat kecederaan kepala, dada, tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasil bedah siasat pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari bangunan kolej kediamannya semalam mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan dada akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bedah siasat dilakukan oleh pegawai perubatan di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bermula pukul 10 malam semalam hingga 3 pagi tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah head injuries due to fall from height (kecederaan kepala akibat jatuh dari tempat tinggi).

“Tiada kesan jerutan dan lain-lain unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dituntut oleh keluarga pada pukul 10 pagi ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, seorang pelajar lelaki UM maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman.

Shamsudin dilapor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian lebih kurang pukul 3.15 petang.

“Mangsa berusia 22 tahun dipercayai jatuh dari bangunan kolej kediaman dan dibawa ke PPUM.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 4.25 petang oleh Pegawai Perubatan PPUM,” katanya.

Dalam pada itu, UM turut mengesahkan seorang mahasiswanya terjatuh dari bangunan kediaman kolej universitinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN