fbpx
Rohani ketika ditemui di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

Pasaipa hangpa tinggal dia? – Ibu Mustaqqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – “Pasaipa (kenapa) hangpa (kamu) tinggal dia?.”

Demikian luahan hati ibu pendaki, Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang, Perak, Khamis lalu.

Rohani Saad, 64, berkata, dia reda akan pemergian anak sulungnya itu namun agak terkilan apabila mangsa dipercayai ditinggalkan sendirian di atas puncak gunung terbabit.

“Soalnya bukan pasal anak mati (meninggal), kita reda, ini ketentuan Dia (Allah). Yang kita tak puas hati ni, pasaipa (mengapa) hangpa (mereka) tinggai dia? Lepas tu, tak buat report (laporan) polis. Isterinya yang buat laporan di balai polis Sungai Petani mengenai kehilangan Mustaqqeem,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga, di sini pagi tadi.

Katanya, beliau mendengar pelbagai versi mengenai kejadian yang menimpa Allahyarham dan mengetahui kaki anaknya kejang (cramp), namun percaya keadaan masih terkawal kerana diamklumkan ada ‘guide’ (malim) menemaninya.

“Depa (mereka) cerita macam-macam, katanya enam jam cuba cari Mustaqqeem tapi tak jumpa, sedangkan pihak polis dan bomba naik (gunung) dan menemukan arwah dalam tempoh tiga jam. Arwah ada ja atas tu, tak pi mana,” katanya sambil menahan sebak.

Terdahulu, jenazah Mustaqqeem selamat dikebumikan bersebelahan pusara datuk dan neneknya di sini selepas solat Subuh pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI