fbpx
Anwar berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani di KL Sentral, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Kerajaan Madani komited bantu masyarakat India miskin – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited membantu golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum menerusi pelbagai inisiatif termasuk untuk masyarakat India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara langkah yang telah diumumkan ialah peruntukan RM50 juta masing-masing kepada Amanah Ikhtiar dan Tekun, khusus bagi membantu masyarakat India miskin.

Beliau berkata, kerajaan turut menyalurkan dana RM1.2 bilion bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) pada 2024 yang dijangka meningkat kepada RM1.6 bilion pada tahun 2025/2026.

“Sebanyak RM600 juta juga diteruskan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SGPP) bagi membantu usahawan muda India, manakala bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara kepada semua golongan miskin termasuk masyarakat India telah mencecah RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani di KL Sentral, di sini hari ini.

Dalam bidang pendidikan, Anwar berkata kerajaan turut menambah 1,500 tempat baharu di universiti awam bagi pelajar cemerlang STPM daripada pelbagai kaum termasuk anak-anak India, tanpa menjejaskan kuota sedia ada.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa kecewa terhadap kegiatan rasuah yang telah menyebabkan berbilion ringgit wang negara diseleweng sejak sekian lama.

“Dalam tempoh dua tahun, kerajaan berjaya merampas semula RM15.5 bilion hasil daripada wang rakyat yang dicuri. Usaha membanteras rasuah akan diteruskan tanpa mengira pangkat dan kedudukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI