fbpx
MARESCA turut didenda £8,000 (RM45,456) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan salah laku ketika meraikan kemenangan dramatik ke atas Liverpool. - AFP

Juventus mahu ‘curi’ pengurus Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurusan gergasi Serie A, Juventus sedia untuk menguji Chelsea dengan menebus kontrak pengendali semasa, Enzo Maresca bagi membimbing pasukan itu pada masa akan datang.

Sebagai rekod, skuad The Old Lady ketika ini tidak gembira dengan prestasi semasa yang dipamerkan oleh jurulatih, Igor Tudor dan merasakan Maresca sebagai calon paling sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut.

Malah, Maresca juga sangat disanjungi penyokong setia Juventus memandangkan statusnya selaku salah seorang pemain yang sudah berstatus legenda di posisi tengah kelab berkenaan pada musim 2000 hingga 2005.

Namun, Juventus dijangka perlu mengeluarkan pampasan yang tinggi memandangkan kontrak Maresca bersama The Blues masih berbaki hingga 2029 selepas dilantik membimbing pasukan tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Chelsea mendapat tonik terbaik menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di City Ground malam ini selepas empat pemain utamanya disahkan cergas.

Antara tonggak penting Chelsea yang bergelut dengan kecederaan seperti Enzo Fernandez, Reece James, Wesley Fofana dan Tosin Adarabioyo sudah diberikan lampu hijau oleh pasukan perubatan untuk diturunkan dalam aksi tersebut.

Bagaimanapun, The Blues boleh dikatakan agak ‘tempang’ tanpa Maresca di barisan teknikal di bangku simpanan disebabkan perlu menjalani penggantungan satu perlawanan gara-gara mengutip kad merah ketika menang 2-1 ke atas Liverpool sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI