fbpx
Isteri mangsa, Nur Faratin Mohd.Othman(dua,kanan) menghadiri pengebumian arwah suaminya di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga, pagi tadi. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Jenazah Mustaqqeem selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jenazah pendaki yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang Khamis lalu, Mustaqqeem Mansor, 34, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga, di sini selepas solat Subuh pagi tadi.

Pengebumian yang berlangsung kira-kira pukul 6.30 pagi itu dihadiri lebih 200 ahli keluarga serta kenalan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah Mustaqqeem disolatkan di Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut.

Semalam, media melaporkan hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati Allahyarham Mustaqqeem meninggal dunia disebabkan hipotermia atau kesejukan melampau.

Jenazah Allahyarham dibawa turun menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira pukul 3 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI