fbpx
Rozita (kanan) bersama Yussery (tengah) menjaga Muhammad Yusshah di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur selepas anaknya itu koma akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu.

Duit simpanan habis rawat anak koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Sepasang suami isteri dari Felda Kota Gelanggi Dua di sini terpaksa menghabiskan semua wang simpanan hasil perniagaan bagi merawat anak lelaki mereka yang koma akibat kemalangan lima tahun lalu.

Menurut Rozita Hamzah, 51, dia dan suami, Yussery Ismail, 54, anak mereka Muhammad Yusshah Danish Yussery, 23, kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Kami sudah belanja RM10,000 untuk bulan pertama sejak anak dirawat pada 19 September lalu dan perlu mengumpul wang untuk melanjutkan rawatan.

“Sebelum ini, kami telah berikhtiar dan berhabis wang simpanan untuk rawatan di pelbagai pusat perubatan swasta termasuk hospital dengan harapan anak segera sembuh,” kata­nya ketika ditemui di Felda Kota Gelanggi Dua di sini semalam.

Beliau berkata, kemalangan tersebut berlaku pada 1 Jun 2020 apabila motosikal yang ditunggang anak ketiga daripada lima beradik itu berlanggar dengan sebuah motosikal lain mengakibatkan mangsa cedera di kepala selain patah tulang leher.

“Kejadian itu menyebabkan anak koma dan hanya disalurkan makanan khas (susu) menerusi saluran tiub di perut.

“Kami terbeban menanggung belanja pengurusan kebajikan anak melibatkan perbelanjaan hampir RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu,” katanya.

Rozita berkata, dia berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan bantuan bulanan seba­nyak RM500 kepada anaknya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Yussery di talian 014-532 1433 atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 156141282978 (Rozita).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI