NEW DELHI – Seorang warga emas di India mengundang perhatian orang ramai kerana tergamak berpura-pura meninggal dunia untuk melihat individu mana yang hadir pada majlis pengebumiannya, lapor laman berita Oddity Central.
Berita kematian Mohan Lal, 74, mengejutkan penduduk kampung Konchi, negeri Bihar terutama ketika mayatnya diarak ke tempat pembakaran.
Meskipun keliru, mereka menyertai perakaran tersebut serta semua upacara tradisional sebelum menyaksikan Mohan tiba-tiba bangun daripada kerandanya.
“Selepas berpura-pura mati, orang ramai mengusung keranda tetapi saya mahu lihat sendiri dan mengetahui sejauh mana penghormatan serta kasih sayang mereka kepada saya,” kata Mohan.
Selain meminta ahli keluarga untuk menyebarkan berita palsu, Mohan turut menyuruh orang lain untuk membawa mayatnya yang telah dihias ke krematorium.
Mohan bagaimanapun gembira apabila beratus-ratus penduduk sertai upacara berkabung itu.
Dia kemudian menganjurkan jamuan makan kepada warga setempat sebagai cara untuk memohon maaf. – AGENSI