fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca Langkawi, Perak, Port Dickson sejuk, hujan hingga 10 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan sekitar Semenanjung, Sabah serta Sarawak sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di Langkawi, Kedah.

Menurut MetMalaysia, cuaca sama turut tertumpu di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Selain itu, di Selangor hanya membabitkan daerah Sepang manakala bagi Negeri Sembilan dilaporkan melanda Port Dickson pagi ini.

MetMalaysia menambah, hujan lebat di sebelah juga dilihat melanda negeri Sarawak membabitkan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi manakala di Sabah, melibatkan bahagian Kudat (Pitas dan Kudat). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI