fbpx
Ahmad Zahid (tujuh dari kiri) ketika menghadiri ke Majlis Perasmian Persidangan Guangxi Sedunia ke-21 di Hotel One World, Petaling Jaya di sini hari ini. AMIR KHALID/ KOSMO!

China kekal rakan dagang terbesar sejak 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, hubungan itu telah memperolehi jumlah perdagangan dua hala mencecah RM484.12 bilion pada 2024, merangkumi 16.8 peratus daripada keseluruhan perdagangan negara.

Ahmad Zahid menambah, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia kekal komited memperkukuh hubungan strategik dengan China dalam bidang pendidikan, teknologi, pelancongan dan ekonomi halal.

Katanya, kerajaan juga bercadang menubuhkan Institut Malaysia–China bagi melahirkan generasi muda yang berfikiran global dan bersedia menempuh cabaran industri masa depan.

“Malaysia menyasarkan 35.6 juta pelancong antarabangsa pada 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia, dan Guangxi dikenali sebagai rakan utama dalam menjayakan misi ini,” jelasnya.

Sebagai Pengerusi Majlis Halal Malaysia, Ahmad Zahid berkata negara bersedia bekerjasama dengan syarikat China untuk memperluas ekonomi halal termasuk dalam sektor pembuatan, logistik, pensijilan dan pembiayaan.

“Jakim mengalu-alukan penyertaan syarikat dari China untuk meneroka pasaran halal di ASEAN, Timur Tengah dan rantau lain,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI