CANBERRA – Seorang cef berdepan detik cemas apabila ditikam seorang wanita tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Australia, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku sekitar pukul 7.40 pagi (waktu tempatan) berhampiran persimpangan Little Bourke Street dan Spencer Street di CBD Melbourne pada 2 Oktober lalu.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Wan Lai, 26, sedang berjalan sebelum seorang wanita berlari ke arahnya dan memberikan renungan tajam.
Suspek kemudian menikam dada mangsa dan cuba melarikan diri, namun dia segera ditangkap.
“Lai tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. Polis telah melakukan pemeriksaan menyeluruh di kawasan tersebut.
“Kami berjaya memberkas seorang wanita berusia 32 tahun dan merampas sebilah pisau,” kata jurucakap polis. – AGENSI