fbpx
Gambar Lee-won sebelum (kanan) dan selepas menjalani pembedahan plastik. - YouTube

Bosan dihina, wanita jalani 400 pembedahan plastik ubah penampilan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Seorang wanita di Korea Selatan menjadi sensasi internet kerana membelanjakan 300 juta won (RM891,975) untuk menjalani 400 pembedahan plastik supaya kelihatan cantik, lapor laman berita Oddity Central. 

Gil Lee-won mendedahkan perkara itu dalam program televisyen popular, tvN Story ‘Its Okay to Be a Martian’. 

Dia mula menjalani pembedahan plastik pada 2010 sebagai cara untuk mengatasi kritikan daripada bekas kekasihnya. 

“Bekas teman lelaki yang saya kenal dari usia 27 hingga 30 tahun selalu menghina penampilan saya sehingga memusnahkan keyakinan diri. 

“Saya mahu mengubah diri saya sepenuhnya. Saya tidak pernah menyesal menjalani pembedahan plastik dan saya yakin dengan penampilan saya sekarang,” kata Lee-won. 

Tambah Lee-won dia  menjalani pelbagai pembedahan kosmetik sejak 15 tahun lalu termasuk kelopak mata, mata, hidung, bibir, punggung dan lain-lain. 

“Jika saya memasukkan pembedahan kosmetik dan rawatan dermatologi, saya telah menjalani kira-kira 400 rawatan secara keseluruhan. Ia akan ditambah dari semasa ke semasa,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI